ICA Singapura buat laporan polis berhubung laman sesawang palsu

0
22
Advertisement

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura telah membuat laporan polis berhubung kewujudan satu laman sesawang palsu yang menggunakan nama agensi itu bagi memancing data visa serta nombor pasport pelawat.

ICA pada Khamis berkata ia sedang berusaha untuk menutup laman sesawang palsu itu, yang menggunakan alamat http://evisasg.mom.

Setakat pukul 2.20 petang 25 Jan, 2018, laman sesawang itu masih dalam talian.

Pihak berkuasa itu menasihati orang ramai agar hanya menggunakan laman sesawang rasminya, www.ica.gov.sg, untuk semua keperluan maklumat dan transaksi berkaitan ICA.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa akses ke laman sesawang rasmi ICA masih tidak terjejas dan tidak ada data yang telah dikompromi,” katanya.

“ICA memandang serius isu seperti laman sesawang palsu ini kerana ia menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap sistem dan proses kami.”

Terdapat beberapa kejadian serupa membabitkan laman sesawang ICA palsu sebelum ini, termasuk satu kes pada Oktober tahun lepas.

— BERNAMA-NNN-CNA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here