ICBM hadiah Hari Kemerdekaan AS: Jong-un

0
33


PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un. – Foto EPA

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyifatkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah ‘hadiah kepada Amerika’ pada hari kemerdekaan negara itu.

Menurut Agensi Berita Korea Utara (KCN) Jong-un mengawasi sendiri pelancaran itu, dipetik sebagai berkata; “Amerika Syarikat (AS) mungkin tidak gembira dengan hadiah yang dihantar sempena ulang tahun kemerdekaan pada 4 Julai, semalam.”

Sambil tergelak besar, Jong-un dilaporkan berkata; “Kita seharusnya menghantar hadiah sekali sekala kepada mereka untuk membantu memecahkan kebosanan.”

KCNA berkata, peluru berpandu itu berupaya membawa ‘kepala peledak nuklear besar dan berat’ yang boleh bertahan kemasukan semula ke atmosfera bumi.

“AS cuba menguji ketahanan kami dan tidak mengendahkan amaran yang dihantar,” KCNA secara tidak langsung memetik Jong-un sebagai berkata dan mendakwa konfrontasi sekian lama Pyongyang dengan Washington sudah memasuki ‘peringkat akhir.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here