'Iceman' Malaysia dihukum mati

0
234
Advertisement



SEORANG pengedar dadah dari Malaysia yang digelar ‘Iceman’ dijatuhi hukuman mati hari ini oleh sebuah mahkamah di Thailand selepas disabitkan mengendalikan rangkaian narkotik yang menyalurkan keuntungan besar ke dalam perniagaan sah.

Tertuduh, Tun Hung Seong ditahan April tahun lalu selepas maklumat dia mengupah seorang lelaki menyeludup hampir 300 kilogram crystal meth atau ice menerusi Selatan Thailand.

Penyiasat percaya, dia bertindak sebagai orang tengah untuk pasaran dadah Malaysia di sempadan dan melaburkan wang menerusi bar karaoke, hotel dan restoran.

Mahkamah di sini mensabitkan Hung Seong, 65, atas kesalahan penyeludupan dadah bersama dua wanita Thailand dan seorang lelaki Taiwan.

Keempat-empat mereka dijatuhi hukuman mati walaupun hukuman lelaki Taiwan dan seorang wanita Thailand dikurangkan kepada penjara seumur hidup berikutan pengakuan ‘berguna’ mereka.

Terletak di sepanjang laluan penyeludupan dadah ‘Segitiga Emas,’ Thailand menyediakan laluan daratan untuk menyeludup meth dari kilang di kawasan negara jiran tanpa undang-undang di Myanmar dan Laos dalam perdagangan dianggarkan bernilai AS$40 bilion (RM163.96 bilion) setahun.

Pihak berkuasa Malaysia pada Mei lalu berkata, mereka merampas 1.2 tan crystal meth dari Myanmar disembunyikan dalam paket teh, dipercayai rampasan terbesar dari segi nilai dan berat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here