ICO yang tiada kebenaran sah adalah salah – SC, BNM

0
16
Advertisement

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan skim tawaran duit syiling awal (initial coin offerings atau ICO) yang dijalankan tanpa kebenaran sah merupakan satu kesalahan.

Skim ICO melibatkan aktiviti yang tertakluk di bawah undang-undang yang ditadbir oleh SC dan BNM.

BNM dalam satu kenyataan berkata, tawaran token digital untuk ditukar kepada mata wang digital atau apa-apa bentuk pembayaran dan aktiviti sampingan boleh menyebabkan keperluan pengawalseliaan dilaksanakan di bawah undang-undang sekuriti.

“Selain itu, individu tidak dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang dikawal selia seperti pemerolehan dana, pengurusan dana dan urus niaga produk pasaran modal tanpa mendapatkan kelulusan yang sah daripada SC.

“Pengendali ICO turut dilarang untuk mengambil deposit dan perniagaan perbankan, aktiviti pentadbiran pertukaran asing dan pengiriman wang tanpa kebenaran yang diperlukan di bawah undang-undang perkhidmatan kewangan yang ditadbir oleh BNM.

“Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati sebelum menyertai ICO dan dinasihatkan untuk merujuk senarai institusi yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia oleh SC dan BNM,” katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak berkuasa akan terus memantau isu ini dan akan mengambil tindakan keatas mana-mana individu yang menjalankan aktiviti ini tanpa kebenaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here