Idayu juara AF Megastar 2017

0
196
Advertisement

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM100,000 sempena konsert akhir pada Ahad malam.

Pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob itu turut memenangi hadiah percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000 dan trofi.

Pada malam konsert akhir yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Idayu yang mula dikenali dari Akademi Fantasia 3 menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘My All‘ nyanyian asal Mariah Carey dan single terbaharu berjudul ‘Selamanya‘.

Konsert akhir tersebut turut mengumumkan Anugerah ‘Ultimate Performer’ yang diberikan kepada Syamel, sementara Marsha memenangi Anugerah Terlajak Laris D’Herbs.

Dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, tirai konsert akhir dibuka dengan nyanyian dua buah lagu oleh Joe Flizzow dan Sonaone dengan lagu Apa Khabar dan Havoc.

Penyanyi dan pelakon Alif Satar turut membuat persembahan bagi menyerikan perjalanan konsert itu.

Mengekalkan format 60 peratus markah juri dan 40 peratus undian penontot, konsert akhir ini menampilkan Datuk Awie selain mengekalkan Datuk Ramli MS dan Shafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Berikut adalah senarai peserta dan lagu yang dipersembahkan oleh kelima-lima peserta akhir tersebut:

Bob
Single baharu: Terbuang Dalam Pelukan
Komposer – Hafiz Hamidun
Lirik – Bob Yusof
Lagu pilihan : Bukan Dia Tapi Aku – Judika

Marsha
Single baharu : Hilang
Komposer – Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lirik – Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lagu pilihan : Pilihlah Aku – Krisdayanti

Idayu
Single baharu: Selamanya
Komposer – Amylea Azizan
Lirik – Amylea Azizan
Lagu pilihan: My All – Mariah Carey

Syamel
Single baharu: Biar Cinta
Komposer –  Syamel
Lirik – Syamel
Lagu pilihan : Seniman Menangis – Jamal Abdillah

Shahir
Single baharu: Mama Jangan Pergi
Komposer – Shahir & Awi Rafael
Lirik – Shahir & Awi Rafael
Lagu pilihan : Tapi Bukan Aku – Kerispatih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here