Ikrar Mazlan

0
41



Shah Alam: Mengekang dan mengawal indeks jenayah negeri secara berterusan selain memperkasakan lagi integriti sedia ada.

Itu antara strategi dan fokus utama Ketua Polis Selangor baru, Datuk Mazlan Mansor yang mengambil alih jawatan itu berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Samah Mat yang bersara wajib.

Mazlan berkata, beliau yang memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum ini mengakui kadar jenayah Selangor berbeza berbanding bumi Kenyalang itu.

“Berikutan itu, saya memfokuskan agenda untuk mengawal dan mengekang indeks semua jenis jenayah termasuk narkotik dan komersial termasuk ancaman media sosial tempatan.

“Bukan mudah untuk menurunkan kadar itu namun kita perlu terus control the crime supaya tidak dilihat seperti tidak terkawal,” katanya selepas majlis perbarisan dan serah tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Upacara itu turut disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Selain acara perbarisan, Abdul Samah turut dibawa menaiki sebuah jip sambil melambaikan tangan dan tabik hormat kepada warga kontinjen negeri.

Menurut Mazlan, integriti sedia ada juga perlu terus diperkasakan bagi mengelak imej pasukan warga kontinjen tidak tercalar.

SHARE
Previous articleRai 50 anak yatim
Next articleKamal ganti Amrin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here