Ikrar Sultan Muhammad V sebagai agong

0
68



Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

“Bismillahirrahmanirrahim,

“Beta Sultan Muhammad Kelima bersyukur ke hadrat Allah subahanahu wata’ala kerana dengan izinnya beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong .

“Dengan ini, beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.”

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membacakan Surat Perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Bismillahirrahmanirrahim,

“Bahawa inilah dimasyhurkan kepada sekalian orang serta penduduk Malaysia iaitu Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja telah memilih kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dan pada hari, waktu dan saat yang gilang gemilang ini, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ditabalkan naik takhta kerajaan menjadi turus negara bagi Malaysia dengan bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kelima Belas.”

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here