I'm back! Arnold Schwarzenegger masih hidup

0
42
Advertisement

‘I’M BACK!’ itu kata-kata pertama yang terpacul dari mulut plakon aksi Arnold Schwarzenegger sebaik sedar selepas menjalani pembedahan jantung kecemasan di sebuah hospital di Los Angeles.

Menurut jurucakapnya, Daniel Ketchell, pelakon berusia 70 tahun itu berada dalam keadaan stabil 

Bekas Gabenor California itu menjalani pembedahan berkenaan bagi menukar salah satu injap jantungnya.

Pembedahan sama pernah dilalui Schwarzenegger 21 tahun lalu.

Menerusi bukunya “Total Recall: My Unbelievably True Life Story“, Schwarzenegger merahsiakan pembedahan pada 1997 itu daripada pengetahuan isterinya Maria Shriver.

Dia sebaliknya memaklumkan kepada Shriver, sedang bercuti di Mexico.

Menurut Schwarzenegger, masalah jantung yang dialaminya adalah penyakit keturunan dan tidak ada kena mengena dengan penggunaan steroid.

Bekas jaguh bina badan ini bakal muncul dalam dua filem sekuel The Terminator dan Conan the Barbarian dalam tempoh dua tahun ini.

Kali terakhir Schwarzenegger tampil di khalayak umum adalah pada Rabu lalu sehari sebelum pembedahan berkenaan.

Dia dilihat meninggalkan Hotel Beverly Hills sambil menghisap cerut selepas makan tengahari bersama anak lelakinya, Patrick Schwarzenegger.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here