Impian besar Shaqiri

0
117
Advertisement



PEMAIN tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri menyasar untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam kariernya selepas perpindahannya ke Anfield dari Stoke City dilengkapkan, awal bulan ini.

Pemain berusia 26 tahun itu yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich pada 2013 berkata, Liverpool memiliki kualiti yang cukup untuk meraih keputusan lebih baik berbanding ketika tewas kepada Real Madrid pada final musim lalu.

“Saya berharap saya boleh mengulanginya kerana saya tahu bagaimana perasaannya untuk memenangi Liga Juara-Juara,” kata Shaqiri kepada Sky Sports News.

“Ia benar-benar menakjubkan dan saya fikir kami boleh melakukannya. Kami mempunyai kualiti yang baik, terutama dengan pemain baharu yang dibawa masuk, mereka betul-betul mempunyai kualiti yang bagus.

“Saya fikir perkara utama untuk berjaya, kamu perlu memenangi gelaran serta trofi. Jadi, saya berharap kami dapat menjulangnya musim ini.”

Pemain kebangsaan Switzerland itu turut menafikan kritikan atas persembahan longlainya bersama Stoke, musim lalu dan berkata perpindahannya ke Liverpool adalah disebabkan oleh pengurus, Juergen Klopp.

“Apabila mengetahui khidmat saya diperlukan, saya mahu datang kerana saya mengenalinya (Klopp) sudah begitu lama. Saya sudah lama mengaguminya. Dia orang yang hebat dan mempunyai karakter yang hebat dengan mentaliti kemenangan dan ia adalah perkara paling utama,” katanya.

Shaqiri boleh membuat penampilan pertamanya bersama The Reds ketika bertemu Manchester United dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa, Sabtu ini. – Reuters

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here