'Impian saya jadi kenyataan berlakon dalam karya Mamat Khalid' – Zul Ariffin

0
28
Advertisement

PELAKON Zul Ariffin mengakui bersyukur apabila diberi peluang untuk berlakon dalam karya terbaharu Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah.

Menurut Zul, sebagai pelakon dia amat mengagumi karya-karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid dan itu merupakan impiannya sejak dulu lagi.

“Impian saya jadi kenyataan kerana dapat berlakon dalam karya Mamat Khalid.

“Itu merupakan salah satu target saya sebagai seorang pelakon untuk berlakon dibawah karya orang ‘gifted’ seperti ini.

“Tipulah kalau saya katakan orang tidak tahu karya-karya yang pernah dihasilkan oleh Mamat sebelum ini.

“Saya bertuah menjadi sebahagian produksi ini dan watak yang dibawakan oleh saya kali ini agak berlainan,” katanya kepada Astro Gempak.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usahasama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Zul Ariffin membawa watak sebagai Encik Solihin, guru silat merangkap agen road tax serta insurans.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Awie, Uqasha Senrose dan Erra Fazira.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here