Import kalau mahu harga ikan murah – MFFAM

0
312
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengimport lebih banyak ikan bagi menstabilkan harga ikan dan makanan laut di pasaran, tegas Timbalan Presiden Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia (MFFAM), Mohamed Razali Mohamed.

“Majlis Penasihat Kerajaan amat gusar dengan harga ikan yang melambung tinggi dan mereka masih mendapatkan maklumat peserta industri sebelum hadir dengan penyelesaian,” kata Mohamed Razali.

Beliau berkata Majlis Penasihat Kerajaan telah menyuarakan kebimbangan terhadap trend peningkatan harga ikan terutama sejak 10 tahun lepas.

“Ia melibatkan ikan kembung, selar, selar kuning dan cencaru.

“Kembung misalnya, 10 tahun dahulu berharga RM5 sekilo, kini RM12 sekilo dan lebih lagi. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan gusar orang ramai terpaksa berbelanja lebih untuk makanan dan mereka sedang cari cara mengurangkan beban itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara hari ini.

Punca harga ikan berubah mendadak adalah permintaan yang melonjak melepasi bekalan, tegas Mohamed Razali.

“Baki dagangan kita adalah negatif bagi makanan laut, lebih dari RM1 bilion setiap tahun. Kita perlu lebih banyak import untuk turunkan harga,” katanya sambil menambah ia masalah serantau, bukan sahaja Malaysia.

Malaysia kini mengimport sejumlah besar ikan dari Thailand dan Indonesia, namun ia dikurangkan kerana penggunaan domestik di negara itu.

“Dari segi permintaan, kita perlukan sekitar 1.7 hingga 1.8 juta tan metrik ikan boleh dimakan setahun.

“Manakala bekalan domestic pula hanya 1.4 juta tan metrik. Itu belum dikira jumlah ikan yang tidak boleh dimakan yang turut ditangkap. Jika ditolak, baki mungkin hanya 1 juta tan metrik,” tambahnya,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here