Indonesia sekat perkhidmatan mesej Telegram

0
38


JAKARTA: Indonesia, hari ini menghalang akses kepada perkhidmatan mesej Telegram susulan kebimbangan ia digunakan untuk menyebarkan ‘propaganda radikal dan pengganas’ di negara paling ramai umat Islam itu.

Langkah itu dibuat berikutan kebimbangan memuncak berhubung kehadiran dan pengaruh militan Daesh di Asia Tenggara apabila ia mula kehilangan wilayah di Syria dan Iraq.

Indonesia sendiri menyaksikan kebangkitan militan di negara berkenaan, terpengaruh dengan Daesh, serangan bom berkembar di stesen bas Jakarta Mei lalu yang mengorbankan tiga pegawai polis dan mencederakan beberapa yang lain.

Ia meningkatkan kerjasama antikeganasan dengan Malaysia dan Filipina.

“Ini perlu dilakukan kerana terdapat banyak saluran perkhidmatan ini yang penuh dengan propaganda radikal dan pengganas, kebencian, cara membuat bom, cara melakukan serangan, imej mengganggu, yang semuanya bercanggah dengan undang-undang Indonesia,” kata Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan di laman webnya.

Telegram adalah landasan mesej diketahui popular dalam kalangan penyokong Daesh, yang menggunakan ruang sembang dengan ratusan anggota selain perbualan rahsia.

Kementerian Komunikasi menambah kedua-dua aplikasi telefon bimbit dan Telegram versi komputer akan disekat seluruh Indonesia.

Ia tidak memberitahu sama ada tindakan sama akan diambil terhadap perkhidmatan mesej lain.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here