[INFOGRAFIK] Isu rumah Oxley Road: Siapa cakap apa?

0
44
SINGAPURA dikejutkan dengan kontroversi yang melanda Perdana Menterinya Lee Hsien Loong berkaitan sebuah kediaman keluarga di Oxley Road, 14 Jun lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan secara umum oleh adik-beradiknya, Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling amat mengecewakan Hsien Loong kerana menganggap hal tersebut bersifat peribadi dan berkait dengan hal ehwal dalaman keluarga.

Hsien Loong malah menganggap perkembangan tersebut sebagai ‘menjejaskan legasi bapanya’, yang juga figura pengasas Singapura moden, mendiang Lee Kuan Yew.

Dua hari selepas itu, Hsien Loong mengeluarkan akuan berkanun kepada Jawatankuasa Kementerian mengenai wasiat mendiang bapanya itu berhubung rumah di alamat 38 Oxley Road.

Krisis adik-beradik itu antara lain dilihat sebagai peristiwa yang menjejaskan imej Singapura di mata dunia, lebih-lebih lagi ia disusuli tindakan-tindakan undang-undang, proses saman-menyaman, selain dakwaan keterlibatan pembuat  isteri Hsien Loong, Ho Ching.

Berikut adalah rumusan tentang dakwaan serta respons yang diberikan terhadap kontroversi berkenaan: 

Isu kediaman rumah Oxley Rd yang melanda Perdana Menteri Singapura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here