Ini bukan kerja Sinar Harian

0
55



Satu lagi kes salah guna media sosial.

Terbaru, akhbar Sinar Harian terpaksa tampil membuat penjelasan mengenai cetakan skrin menggunakan imej portal itu yang disertai wajah Datuk Seri Najib Razak.

Bersama paparan itu ialah ‘berita’ kononnya perdana menteri bersedia menyertai PAS.

Menurut Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed, akhbar berkenaan tidak pernah menyiarkan artikel itu sama ada melalui edisi cetak atau atas talian.

“Kami menafikan laporan berkenaan, ia tiada kaitan dengan penyiaran kami,” katanya.

Norden memberitahu, Sinar Harian yakin artikel berkenaan sengaja diada-adakan bagi menimbulkan persepsi yang tidak sepatutnya kepada pihak yang terlibat.

Difahamkan paparan berkenaan menjadi tular di media sosial sejak awal pagi hari ini menyebabkan tanda tanya di kalangan pembaca.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, turut menjadi mangsa fitnah menggunakan media sosial yang ditularkan.

Dalam kenyataannya, Azalina berkata, beliau sudah merujuk kes berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan tindakan lanjut diambil ke atas pemilik akaun “Otai BERSIH”.

Akaun itu didakwa memuat naik gambar menteri terbabit beberapa hari lalu bersama kenyataan mempersenda anggota parlimen Pengerang terbabit.

Antara ayat yang digunakan oleh pemilik akaun tersebut ialah “…malangnya bagi saya kerana tiada seorang pun yang sanggup nak rogol saya”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here