'Ini bukan tentang Israel tetapi pentadbirannya' – Natalie Portman

0
91
Advertisement

PELAKON Natalie Portman yang dilaporkan menolak hadir dan menerima anugerah dalam satu acara anjuran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam, memaklumkan bahawa tindakan itu bukan bersifat kebencian terhadap negara asalnya itu.

Dalam entri di Instagram, Portman menjelaskan keputusan itu diambil kerana dia tidak mahu dianggap menyokong segala tindakan Netanyahu, yang dijemput memberi ucapan pada acara itu.

Kata Portman, sebagai pemegang kewarganegaraan Israel, dia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan mengkritik pentadbiran negara itu, namun ia tidak bermakna dia membenci Israel.

“Saya tidak memboikot Israel. Saya masih menghargai keluarga saya di sana dan semua tentang Israel; makanan, buku dan sejarahnya.

“Tetapi penganiayaan yang dilakukan dan penderitaan mereka yang terbabit tidak seiring dengan nilai-nilai Yahudi yang saya pegang. Kerana saya sayangkan Israel, saya harus menentang keganasan, rasuah, ketidakadilan, dan penyalahgunaan kuasa,” tulis Portman.

Israel menerima kritikan masyarakat antarabangsa berhubung reaksinya terhadap protes Palestin di sempadan Gaza-Israel baru-baru ini, yang mengorbankan 35 rakyat Palestin dan beratus-ratus lagi cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here