Ini cara terbaik untuk anda jadi usahawan unggul!

0
436
Advertisement

DALAM dunia yang kini pesat berkembang, ramai yang beralih kepada keusahawanan sebagai kunci untuk mentransformasikan hidup mereka, dan pada masa yang sama turut menambah baik kualiti hidup masyarakat setempat.

Kini, semakin ramai yang ingin mengasah bakat keusahawanan mereka bagi mempunyai kelebihan dalam dunia digital yang menuju ke arah revolusi perindustrian moden.

Tetapi apakah cara terbaik untuk mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan yang unggul?

Bolehkah ini dicapai menerusi kelas-kelas keusahawanan? Ataupun melalui latihan atau kursus-kursus perniagaan?

Mungkin cara terbaik adalah dengan mempelajari daripada mereka yang sudah “makan garam” terlebih dahulu, contohnya usahawan terkenal Tan Sri Liew Kee Sin yang menempa nama beliau dengan kumpulan-kumpulan hartanah seperti EcoWorld, sebuah gergasi kumpulan hartanah di Malaysia.

Kini, Tan Sri Liew ingin membimbing anda untuk menjadi usahawan unggul menerusi program BizSmart Challenge 2018.

Dianjurkan sejak 2013 oleh Alliance Bank, program BizSmart Challenge telah memanfaatkan lebih 110 perniagaan baru yang kini bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

2018 menjadi tahun pertama program ini diadaptasi kepada rancangan realiti televisyen, yang akan turut menyaksikan para hakim dan mentor menawarkan khidmat mereka dalam memberi bimbingan kepada bakal usahawan-usahawan unggul negara.

Rancangan realiti televisyen ini akan disiarkan di Astro AWANI dan AXN tahun ini.

“Selepas bekerjasama rapat dengan Alliance Bank sejak empat tahun lalu, EcoWorld bangga untuk menjalin usahasama bagi mewujudkan platform yang lebih besar, lebih baik dan lebih mampan untuk usahawan muda terus maju dalam bidang mereka dan menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kesemua elemen pada tahun-tahun terdahulu dikekalkan, dan elemen baru turut disuntik untuk membolehkan peserta mendapat lebih banyak pendedahan media untuk syarikat mereka, di samping akses yang lebih baik kepada dana.

“Kami teruja untuk melihat peserta tahun ini dan membantu mereka dalam perjalanan keusahawanan mereka,” kata Tan Sri Liew.
 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Joel Kornreich berkata BizSmart Challenge menjadi bukti komitmen bank tersebut untuk mengangkat usahawan-usahawan kecil negara.

“Kami sentiasa komited untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk memenuhi potensi mereka. Antara banyak inisiatif kami untuk memperkasakan PKS, BizSmart Challenge adalah program utama kami.

“Kami sentiasa menambah baik program ini setiap tahun. Kami juga mengalu-alukan EcoWorld selaku rakan usahasama tahun ini dan kami akan menawarkan dana sehingga RM5 juta kepada peserta yang berjaya mencecah peringkat akhir,” kata Kornreich.

BizSmart Challenge 2018 turut menawarkan hadiah bernilai RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan pendedahan media dari Astro, Manulife, dan VISA.

Selain pemerolehan dana sebagai hadiah utama, BizSmart Challenge 2018 turut menawarkan hadiah bernilai RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan pendedahan media dari Astro, Manulife, dan VISA.

BizSmart Challenge 2018 terbuka kepada perniagaan yang telah beroperasi di antara 18 bulan hingga 5 tahun. Hantarkan permohonon anda di https://goo.gl/ikuEZW sekarang!

Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mei 2018.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here