Ini gambar paling banyak dapat 'like' di Instagram

0
11

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada 600 juta pengguna Instagram suka melihat gambar bayi selebriti dan ini terbukti daripada lima gambar yang paling banyak mendapat ‘likes’ di Instagram.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Beyonce, Christiano Ronaldo dan Selena Gomez mendapat jumlah ‘likes’ paling banyak dengan gambar bertemakan kehamilan dan bayi.

Di tempat pertama gambar Beyonce mengumumkan kehamilan anak kembarnya yang mendapat 11,280,238 ‘likes’ sekaligus memecahakn rekod gambar yang paling disukai di Instagram.

Mendapat 8 juta ‘likes’ dalam masa 24 jam, trend mengumumkan kehamilan melalui Instagram mendahului senarai.

Bintang sukan, Cristiano Ronaldo turut membuktikan gambar kelahiran bayi perempuannya bersama teman wanita Georgina Rodriguez mendapat 11,028,821 ‘likes’

Ditempat ketiga satu-satunya gambar yang tidak memaparkan bayi – Selena Gomez yang menyatakan penghargaan kepada rakan baiknya kerana mendermakan buah pinggang mendapat 10,312,736 ‘likes’

Bagaimanapun jumlah itu agak sedikit jika dibandingkan dengan reputasi Selena yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai iaitu 130 juta pengikut.

Beyonce sekali lagi masuk senarai di tempat ke empat dengan gambar bersama anak kembarnya Sir Carter dan Rumi sempena sebulan kelahiran mereka.

Ditempat kelima – Cristiano Ronaldo, kali ini dengan anak kembarnya Mateo dan Eva yang mendapat 8,258,154 ‘likes’.

Kesimpulannya, jika mahu mendapat ‘likes’ yang banyak anda perlu jadi seorang selebriti dan mempunyai bayi kembar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here