'Ini hal maruah bukan duit'

0
356
Advertisement



LUCAS Matthysse menegaskan pertarungannya dengan petinju Filipina, Manny Pacquiao bagi mempertahankan gelaran welterweight dunia Persatuan Tinju Dunia (WBA) di Arena Axiata Bukit Jalil, Ahad ini cukup penting dan bukan semata-mata kerana wang.

Bercakap ketika sidang media terakhirnya menjelang Pertarungan Antara Juara di Hotel Hilton KL Sentral, petinju Argentina itu berkata pertarungan berkenaan adalah demi maruah dan kebanggaan.

“Ya, sudah pasti dan sebab itu saya bekerja keras ketika latihan demi pertarungan ini kerana kemenangan ini adalah untuk rakyat Argentina dan diri saya,” katanya.

Petinju berusia 35 tahun itu yang muda empat tahun berbanding Pacquiao mengakui sentiasa memasang impian untuk beradu kekuatan dengan Senator Filipina berkenaan dan bangga apabila diberi peluang merealisasikannya.

“Setiap kali saya bertarung, saya memasang impian untuk bertarung dengannya (Pacquiao) dan saya sudah bersedia untuk menentangnya,” kata Matthysse.

Sementara itu, Pacquiao menjelaskan dia memilih Matthysse sebagai pencabarnya dalam usaha mempromosikan sukan tinju di Asia disebabkan dua faktor.

“Pertama, Matthysse adalah salah seorang pejuang yang paling mengujakan untuk beberapa tahun kebelakangan ini dan ia akan membantu menarik peminat di Malaysia.

“Dia juga pejuang sejati dan apabila saya bertarung dengannya, saya dapat bayangkan apa yang dia akan lakukan di atas gelanggang bagi membuatkan peminat gembira, jadi ini adalah pertarungan yang sangat menarik,” kata Pacquiao.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here