Ini kali pertama dalam hidup saya berlaku patah-patah macam ini – Remy Ishak

0
34
Advertisement

Pelakon Remy Ishak mengalami kecederaan patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaharu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Remy berkongsi gambar ditolak atas kerusi roda kerana sukar untuk berjalan akibat kecederaan yang dialami.

“Ok, cerita dia macam ini, semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.

“Saya tersilap langkah dan jari kaki abang terkeluar daripada landasan ini pertama kali mengalami kecederaan, kelakar betul lah!,” tulisnya.

Rata-rata peminat yang terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Remy mendoakan agar dia lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here