Ini perkara tentang Aliff Syukri dari kaca mata seorang isteri

0
539
Advertisement

TIDAK kenal maka tidak cinta! Sepanjang 11 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pasangan ini betah berdepan pelbagai kontroversi.

Mengenali dengan lebih rapat pasangan Aliff Syukri dan Shahida, Astro Gempak membongkar peribadi usahawan kosmetik terkenal itu daripada sudut pandangan seorang wanita.

Akui Shahida, dia sering berdepan kritikan dan kutukan segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami ‘gila glamor’ seperti Aliff Syukri. Namun, ini jawapan daripada Shahida sendiri!

“Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.

“Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.

“Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.

“Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali memasakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.

“Jujur saya katakan, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia.

“Sepanjang hidup saya bersama dia, apa yang boleh saya simpulkan dia memang mulut cabul, tapi kalau marah dia cuma lima minit sahaja,” cerita Shahida kepada Astro Gempak.

Pasangan itu ditemui di Lombok, Indonesia baru-baru ini sempena meraikan keluarga, kakitangan dan stokis terbaik d’Herbs Terlajak Laris.

Aliff Syukri dan Shahida yang telah berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5. Shahida juga kini sedang hamil enam bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here