Ini wajah sebenar 'badut puaka' dalam filem IT, Bill Skarsgard

0
42
BAGI peminat filem seram, filem IT yang diadaptasi daripada novel paling seram Stephen King adalah karya wajib tonton September ini.

Filem arahan Andrés Muschietti bermula apabila seorang demi seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan perumahan dalam pekan kecil daerah Darren, Maine hilang tanpa jejak.

27 tahun selepas itu, tujuh orang kanak-kanak yang menamakan kumpulan mereka sebagai The Losers Club cuba untuk mencabar diri dengan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Karakter ikonik badut filem pertamanya tahun 1990 dilakonkan oleh Tim Curry dan digantikan dengan Bill Skarsgard.

Kami kongsikan fakta menarik tentang Bill Skarsgard dan foto tanpa solekan badut pelakon kelahiran Sweden itu.

1) Bill berusia 27 tahun dan merupakan adik kepada pelakon dan model Alexander Skarsgard yang pernah membintangi True Blood dan Vikings.

2) Pernah melakonkan watak Merkel dalam filem Atomic Blonde bersama Charlize Theron.

3) Untuk tahun 2018, Bill bakal muncul menerusi rancangan bersiri Castle Rock TV dan Spain in Emperor serta sebuah drama romantik Battlecreek.

4) Bill peminat genre seram dan pernah membintangi drama bersiri Hemlock Grove selama tiga musim.

5) Pada usia 21 tahun, Bill dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik Guldbagge Awards menerusi wataknya penghidap sindrom Asperger dalam filem Simple Simon.

6) Pernah menjadi model kepada jenama terkenal H&M.



7) Sudah berpunya! Bill sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon filem Sensoria, Alida Morberg. Kekasihnya turut menemani Bill sepanjang penggambaran filem IT tahun lalu. Sweet bukan?

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: IMDb, Express.co, Heavy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here