Inisiatif digital ILKBS sebagai persediaan hadapi Industri 4.0

0
18
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjalinkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia untuk memperkenalkan teknologi bertaraf dunia di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Ia bagi mempersiapkan bakat muda Malaysia menghadapi revolusi perindustrian ke 4 atau Industri 4.0.

Di bawah transformasi digital ILKBS, sekolah vokasional akan mengguna pakai kurikulum Microsoft dan memanfaatkan Microsoft Imagine Academy bagi melatih pelajar.

Kurikulum Microsoft yang dikenali sebagai teknologi ‘Smart Factory’ akan diperkenalkan di lapan institut di bawah naungan KBS, untuk pelajar yang mengikuti kursus pembuatan mekanikal.

“Apa yang penting dalam inisiatif ini adalah, kita mensimulasikan persekitaran untuk pelatih kita.

“Apabila mereka berada di ‘Smart Factory’, mereka akan dilatih bagi pekerjaan untuk masa hadapan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, inisiatif digital ILKBS tersebut bertujuan membangunkan modal insan yang bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan, sebagai tindak balas terhadap persekitaran global yang berubah dengan melengkapkan alatan seiring perubahan industri.

Ia juga mencerminkan aspirasi golongan belia Malaysia dari Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menyuarakan hasrat melihat institusi pendidikan Malaysia mencapai penarafan 10 teratas di peringkat global.

Pelaksanaan inisiatif berkenaan akan dimulakan secara berfasa sehingga tahun 2020.

Lapan institusi terbabit adalah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Pagoh, IKTBN Temerloh, IKTBN Chembong, IKTBN Jitra dan IKTBN Miri.

Institut itu akan menikmati kemudahan saluran di bawah Microsoft Imagine Academy termasuk laluan sains data, laluan sains computer, asas awan, asas kemudah-alihan dan peranti, dan asas keselamatan.

Kerjasama ini mensasarkan untuk melatih 10,000 pelajar menjelang 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here