Inisiatif EAEC perlu dimulakan – Tun Mahathir

0
164
Advertisement

TOKYO: Inisiatif Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) perlu dimulakan.

Kewujudannya penting bagi menangani perlindungan perdagangan yang semakin meningkat oleh negara seperti Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Amerika Syarikat kini sudah kembali semula kepada pemencilan. Oleh itu kita perlu menimbang pembentukan EAEC secara lebih serius,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa depan Asia atau Persidangan Nikkei kali ke-24, di sini hari ini.

Dr Mahathir yang mengilhamkan kerjasama perdagangan serantau itu pada 1997, berkata cadangan zon perdagangan bebas perdagangan serantau itu juga perlu meliputi negara seperti India dan negara lain di Asia Tengah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here