Insiden Manchester Arena: 2 lelaki ditahan

0
45


Pihak polis Greater Manchester mengawal di Elsmore Road, berkaitan dengan letupan konsert di Arena Manchester, di Manchester, England. – Foto AP

MANCHESTER: Polis Greater Manchester hari ini, menahan dua lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Manchester Arena.

“Tangkapan terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini, kepada tujuh orang, ” kata polis Greater Manchester dalam mesej di tweet.

Menurut polis, seorang lelaki ditahan dalam serbuan di kawasan Withington manakala seorang lagi diberkas di kawasan sekitar Manchester.

Sementara itu, polis berkata, seorang wanita yang ditahan semalam, di Blackley dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.

Dalam kejadian Isnin lalu, pengebom nekad membunuh 22 orang yang menghadiri konsert di sini, dan Perdana Menteri Britain, Theresa May menyifatkan ia adalah ‘perbuatan menjijikkan’ kerana menyasarkan kanak-kanak dan golongan muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here