Instagram Aafiyah belum dipertimbangkan – Siti Nurhaliza

0
32
Advertisement

KUALA LUMPUR: “Akaun instagram Aafiyah belum saya pertimbangkan, kalau sudah ada, saya umumkan nanti.”

Itu jawapan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ditanya apakah beliau sudah punya perancangan untuk membuka akaun Instagram bagi cahaya matanya, Siti Aafiyah Khalid.

Beliau ditemui pada satu sidang media ringkas yang diadakan di kediamannya malam ini, selesai berlangsungnya majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik sempena usia puteri sulungnya itu memasuki tujuh hari.

Jelas Siti, dia menginginkan agar cahaya matanya itu, yang dilahirkan 19 Mac lalu, menjalani kehidupan yang normal sebagai manusia biasa.

Katanya, bagi peminat yang merindukan wajah anaknya itu, beliau akan sentiasa memuat naik gambar bayi tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Selain itu, Siti menambah, dia selesa sekiranya anaknya itu memanggilnya dengan gelaran ‘ibu’ kerana menurutnya, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa selesa dipanggil ‘ayah’ oleh anak-anaknya.

Buat masa ini, selebriti kesayangan ramai itu berkata beliau akan berehat selama enam bulan sebelum kembali aktif menyanyi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here