'Intan, hentikan drama air mata!' – Ude minta semua pihak berhenti salahkan Izreen

0
22
Advertisement

Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude menegaskan aktres Izreen Azminda bukan penyebab penceraiannya dengan Intan Liana Saleh.

Ude yang ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat sah bercerai talak satu dengan Intan pada jam 9.50 pagi tadi.

“Sebelum Izreen muncul, kami telah mempunyai masalah rumah tangga. Saya tak akan dedahkan secara terperinci permasalahan yang terjadi kerana tidak mahu membuka aib Intan.

“Berhenti salahkan Izreen kerana dia tidak berbabit dalam permasalahan yang kami hadapi. Rumah tangga kami sudah bermasalah semenjak dua tahun lepas,” katanya.


Tambah Ude, dia turut memohon agar Intan menghentikan ‘drama air mata’ selepas ini.

“Apa yang Intan pernah katakan sebelum ini mengenai dia tidak tahu sebab penceraian kami dan saya tak pernah berbincang dengan dia mengenai hal ini adalah pembohongan semata-mata.

“Saya terkilan dengan perkara tersebut yang seakan membuka aib saya. Saya mohon agar dia hentikan drama air mata. Biarlah saya berdiam sahaja kerana saya tak mahu membuka aib Intan pula,” katanya lagi.

Ude mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri  yang berusia setahun.

Pada November tahun lalu, Intan dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui suaminya telah bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos.

Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here