Invoke: Anwar pilihan utama penyokong pembangkang

0
61



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara menjadi pilihan utama di kalangan penyokong pembangkang untuk menjadi perdana menteri, menutu kaji selidik menerusi telefon yang dijalankan oleh organisasi penyelidikan PKR, Invoke.

Kajian itu meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat kedua manakala Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sedkadar di tangga ketiga.

Naib Presiden PKR dan penyelaras Invoke, Rafizi Ramli berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di pejabat Invoke di Kuala Lumpur hari ini.

Hampir 6,200 atau 34.6 peratus daripada 18,000 responden yang menjawab soalan berhubung pilihan mereka sebagai perdana menteri memilih pemimpin pembangkang.

Daripada jumlah itu, 23.5 peratus memilih Anwar, 17.6 peratus memilih Hadi, manakala 16.5 peratus memilih Mahathir.

Di kalangan orang Melayu, Hadi adalah pilihan utama dengan undi sebanyak 29 peratus, diikuti oleh Mahathir dengan 18 peratus undi.

Malah, Anwar, hanya mendapat 14 peratus undi dan berada di belakang Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendapat sokongan 15 peratus responden Melayu.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here