iPhone meletup akibat digigit

0
52
Advertisement

SEBUAH premis elektronik di Taipei, Taiwan gempar apabila seunit telefon pintar jenis iPhone meletup selepas seorang lelaki menggigit bahagian bateri telefon pintar tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis elektronik menunjukkan lelaki terbabit ‘menggigit’ bahagian bateri telefon bimbit terbabit sebelum ia meletup dan mengeluarkan api.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan ekoran letupan itu tetapi menggemparkan orang ramai yang berada di premis tersebut, lapor Taiwan News.

Tidak jelas kenapa lelaki itu bertindak ‘mengunyah’ bahagian bateri telefon pintar tersebut.

Malah, terdapat beberapa laporan mendakwa tindakan lelaki itu lebih kepada mahu membuktikan bateri pada telefon pintar itu tulen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here