Iran dibenar tubuh konsulat haji di Jeddah

0
27


TEHRAN: Iran akan dibenarkan menubuhkan konsulat sementara di Arab Saudi ketika musim haji walaupun kedua-dua negara tiada hubungan diplomatik, kata Kementerian Luar Iran hari ini.

“Beberapa pegawai dari bahagian konsulat Kementerian Luar akan ditempatkan di Jeddah, Makkah dan Madinah bagi menyediakan perkhidmatan konsulat kepada jemaah Iran ketika musim haji,” kata jurucakap kementerian itu, Bahram Ghasemi yang dipetik agensi berita ISNA.

Tahun lalu, warga Iran tidak dapat menunaikan haji selepas rundingan dengan Arab Saudi mengenai keselamatan dan logistik gagal dicapai.

Tetapi, persetujuan dicapai awal tahun ini bagi membenarkan rakyat negara ini menunaikan haji.

Iran dan Saudi memutuskan hubungan diplomatik pada Januari tahun lalu selepas penduduk Iran menyerbu kedutaan Arab Saudi di Tehran sebagai tindak balas terhadap hukuman bunuh terhadap ulama terkenal Syiah.

Dua kuasa besar di Teluk itu juga tidak sehaluan mengenai beberapa isu termasuk konflik Syria dan Yaman. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here