Iran lebih mantap 'tanpa kasut'

0
596
Advertisement



JURULATIH Iran, Carlos Queiroz percaya keputusan Nike untuk tidak menyalurkan penajaan barangan kelengkapan pemain membuatkan semangat berpasukan lebih mantap namun ujian sebenar di Piala Dunia menanti mereka menentang Maghribi esok.

Nike mengumumkan bahawa mereka dihalang daripada menyediakan kasut bola kepada skuad Iran pada kejohanan itu susulan sekatan ke atas negara itu oleh Amerika Syarikat.

Keputusan saat akhir itu dilihat menjejaskan persiapan Iran dengan beberapa pemain dilaporkan terpaksa membeli kasut bola sendiri di Russia atau meminta bantuan rakan sepasukan di kelab masing-masing.

“Masalah ini menjadi inspirasi kepada kami,” kata Queiroz kepada Sky Sports.

“Kenyataan terakhir oleh Nike pada saya, ia kenyataan yang tidak wajar. Semua orang tahu mengenai sekatan itu.

“Mereka seharusnya tampil dan memohon maaf kerana keangkuhan layanan terhadap 23 pemain ini memang tidak masuk akal.”

Iran akan turun beraksi dalam Kumpulan B menentang Maghribi dengan pelbagai kesukaran termasuk aksi pemanas badan dengan Greece dan Kosovo dibatalkan.

Aksi pertama itu cukup penting buat anak buah Queiroz kerana pasukan yang kalah terpaksa menewaskan sama ada Sepanyol atau Portugal untuk mara ke pusingan kedua.

“Kami ada potensi untuk mengejutkan Maghribi pada perlawanan pertama,” kata Queiroz.

“Kami tahu kekuatan pasukan lawan tapi banyak maklumat yang mereka tidak tahu mengenai pasukan kami.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here