Iraq rasmi aksi sulung di Palestin

0
189
Advertisement



AL-RAM, Palestin: Pasukan bola sepak Iraq beraksi dalam perlawanan pertama di Palestin semalam dan menewaskan tuan rumah 3-0 pada aksi persahabatan.

Lebih 2,000 penonton menyaksikan perlawanan di Al-Ram berhampiran Baitulmaqdis di Tebing Barat, bersebelahan tembok pemisah Israel yang membahagikan wilayah Palestin itu.

Kebanyakan pasukan di negara Arab – yang tidak mengiktiraf Israel – enggan bertandang ke Palestin kerana Israel menguasai sempadan Tebing Barat dan mengadakan sekatan di Semenanjung Gaza.

PENYOKONG Iraq ketika melihat aksi persahabatan. FOTO/AFP

Namun pemimpin Palestin sentiasa mengalu-alukan kedatangan delegasi kebudayaan dan sukan dari negara Arab untuk membantu meringankan beban mereka dan sesetengahnya menyahut jemputan itu.

Persatuan Bolasepak Palestin menganggap perlawanan semalam satu kemenangan walaupun pasukan mereka tewas.

“Kami menyeru semua pasukan Arab untuk mengikut jejak Iraq dan datang ke Palestin,” kata Susan Shalaby, naib presiden badan induk bola sepak negara itu.

Salah seorang penyokong pada perlawanan itu, Maria Qendah berkata, Iraq datang “untuk memberi mesej kepada Palestin yang anda tidak keseorangan.”

Pasukan bola sepak Palestin, yang menyertai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak 1998, seri 0-0 menentang Iraq di Basra, Iraq, Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here