Irwan Serigar bukan lagi pengarah BNM

0
153
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hilang statusnya selaku ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Irwan hilang jawatan tersebut sebaik sahaja beliau berhenti memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa Mohd Irwan dilantik sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah BNM selaku pemegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Oleh kerana Mohd Irwan tidak lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuatkuasa 14 Mei, 2018, beliau bukan lagi merupakan ahli Lembaga Pengarah BNM berkuatkuasa dari tarikh tersebut,” kata bank pusat itu.

Mohd Irwan memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sejak 2011.

Beliau juga aktif dalam beberapa portfolio lain, termasuk memegang jawatan Pengerusi di Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di samping menjadi penaung the Global Entrepreneurship Movement (GEM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan platform rangkaian kepada usahawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here