IS dakwa bertanggungjawab serangan stesen bas Jakarta

0
54



Kumpulan IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan di stesen bas Jakarta yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anggota polis maut dan 12 yang lain cedera pada hari Rabu.

Agensi berita kumpulan itu, Amaq berkata, serangan itu dilakukan oleh seorang pejuang IS.

Serangan itu adalah yang paling teruk di Indonesia sejak Januari 2016, apabila lapan orang terbunuh, empat daripada mereka adalah penyerang, selepas pengebom berani mati dan lelaki bersenjata menyerang ibu negara itu. [Baca berita penuh]

– Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here