ISG terima penerbangan sulung UTair hari ini

0
12

ISTANBUL: Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) milik penuh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), menerima penerbangan sulung UTair, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Rusia, hari ini.

Ketibaan penerbangan dari Vladikavkaz, Rusia itu menjadikan UTair syarikat penerbangan berjadual ke-16 yang menggunakan ISG yang teletak di ibu negara Turki ini.

Ia sekali gus syarikat penerbangan Rusia pertama ke lapangan terbang berkenaan selepas krisis politik Turki-Rusia pada Mac tahun lalu.

Ketibaan penumpang pesawat Boeing 737 itu pada jam 3.20 petang disambut Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dan Pengarah Eksekutif ISG International Airport Investment Development and Operation Inc dan LGM Airport Operations Trade and Tourism Inc, Datuk Azmi Murad.

Syarikat itu akan melakukan penerbangan di laluan Vladikavkaz-Istanbul dua kali seminggu iaitu pada setiap Rabu dan Ahad.

UTair akan beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737 dengan kapasiti 148 tempat duduk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here