Iskandar didenda kerana merokok

0
18
Advertisement



PEMAIN perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin didenda oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana merokok ketika kempen Piala Thomas di Bangkok, bulan lalu.

Difahamkan, Iskandar ‘kantoi’ ketika badan induk itu melakukan pemeriksaan mengejut di hotel rasmi pasukan dan mengakui kesalahannya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan BAM hari ini, dua pemain dipanggil Jawatankuasa Peraturan, Disiplin dan Integriti awal bulan ini.

“Ia dilakukan dengan sengaja dan berdasarkan prosedur BAM, jawatankuasa berpuas hati ia hanya membabitkan Iskandar. Elaun bulanannya dipotong 50 peratus sekali saja.

“Susulan itu, Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan turut memutuskan pemain akan menjalani ujian nikotin dari masa ke semasa dengan yang positif perlu berdepan dengan hukuman” menurut kenyataan itu.

Laporan awal mendedahkan pemain lain dipanggil adalah pemain beregu, Mohd Arif Latif.

Arif bersama-sama empat pemain lain (Nur Azriyn Ayub, Lim Khim Wah, Ameer Amir Zainuddin dan Wong Wai Jun) digugurkan minggu ini selepas tempoh percubaan mereka berakhir pada Jun dan Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here