Ismail Izzani mahu cuba balada

0
84


BAKAT baharu, Ismail Izzani. – Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Mengumpan peminat apabila lagu dendangannya, Sabar meraih hampir tujuh juta tontonan di YouTube, bakat baharu, Ismail Izzani, 17, mula merancang merakam single kedua.

Mengaku perlu lagu baharu selain Sabar untuk dinyanyikan setiap kali membuat persembahan, Ismail mahu tampilkan karya yang lebih segar dan berbeza.

“Sekarang saya cuma ada satu single. Kalau buat persembahan, peminat akan meminta saya menyanyikan dua atau tiga lagu.

“Jadi saya dendangkan lagu Aiman Tino dan Haqiem Rusli sebagai seleksi lagu dalam persembahan saya,” katanya kepada BH Online.

Ismail yang juga anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam tidak menyangka lagu Sabar yang berentak pop mendapat perhatian peminat di Indonesia.

“Untuk single baharu, saya akan cuba lagu berentak balada sebagai eksperimen mencari identiti lagu,” katanya yang mendapat sentuhan komposer Omer K untuk single pertamanya itu dengan lirik dihasilkan sendiri.

Tidak mahu dipandang sebagai penyanyi yang memfokus kepada satu genre muzik, Ismail mahu menonjolkan bakat dimiliki dalam mencari tapak.

“Aiman dan Haqiem banyak bagi sokongan dan bantuan dalam mencari arah haluan. Malah, abang Hael Husaini juga banyak memberi tip kepada saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here