Isner ke separuh akhir

0
220
Advertisement



LOS ANGELES: Bintang tenis Amerika Syarikat John Isner membuktikan mengapa dia berada pada tahap terbaiknya ketika ini dengan menewaskan  Mischa Zverev 7-5, 4-6, 6-1  pada suku akhir Terbuka Atlanta.

Inser memerlukan satu jam 37 minit unruk menyingkirkan Zverev dan kembali menebus kekalahannya kepada pilihan ketujuh dari Jerman itu.

Zverev menang kesemua tiga perlawanan ke atas Isner tahun lalu namun Isner, 33 semakin menunjukkan peningkatannya apabila menyamakan rekod pertemuan mereka kepada 3-3.

“Ia perlawanan yang aneh. Bola melantun ke mana saja, sukar untuk dikawal. Saya gembira berjaya melepasi tiga set ini,” kata Isner.

Isner, kini berada di tangga kesembilan ranking dunia ATP. Dia berada di ranking terbaiknya, nombor lapan minggu lalu selepas mara ke separuh akhir di Wimbledon.

Isner akan menenatng pilihan keempat Matthew Ebden, yang  mudah menewaskan Marcos Baghdatis 6-3, 6-2 dalam tempoh satu jam 12 minit.

Pemain Australia itu berada di perlawanan separuh akhir keduanya musim ini selepas berada di separuh akhir pertama di Terbuka Liberma.

Isner kini memerlukan dua kemenangan untuk menjulang gelaran keduanya tahun ini.  

SHARE
Previous articleMaya tetapkan hati
Next articleMora puas hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here