Israel balas serangan Syria di Golan

0
30


KEPULAN asap di sebuah perkampungan Hamideah di sempadan Israel-Syria di Dataran Tinggi Golan, selepas Israel menyerang balas tentera Syria lewat semalam. – Foto EPA

BAITULMAQDIS: Israel menyerang balas tentera Syria lewat semalam, selepas dua tembakan artileri tersasar ke Bukit Golan yang dikuasai mereka.

“Sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan awal hari ini di Israel dari Syria, tentera Israel menyasarkan kedudukan meriam tentera Syria yang menjadi punca serangan sebelumnya,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan itu.

Terdahulu, tentera Israel memberi amaran akan menyerang balas Syria selepas bedilan itu masuk ke zon kawalan yang dikendalikan Israel di dataran strategik berkenaan.

“Kedua-dua bedilan yang tersasar itu adalah ‘hasil pertempuran dalaman di Syria.

“Israel mengekalkan dasar untuk tidak terbabit dalam perang saudara Syria. Bagaimanapun, kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pelanggaran kedaulatan Israel,” kata jurucakap pemimpin tentera, Brigadier Jeneral Ronen Manelis, sambil menambah tiada kematian dilaporkan.

Israel merampas 1,200 kilometer persegi Dataran Tinggi Golan dari Syria dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian menawannya dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Kawasan seluas kira-kira 510 kilometer persegi masih lagi berada di bawah kawalan Syria.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here