Israel buka semula masjid Al-Aqsa

0
46


BAITULMAQDIS: Israel akan membuka semula kawasan masjid Al-Aqsa di kota lama di sini hari ini selepas menutupnya semalam susulan satu serangan yang menyebabkan dua anggota polis Yahudi maut.

Tindakan penutupan itu sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam dan Jordan, penjaga masjid suci berkenaan.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, pengesan logam dan beberapa kamera akan dipasang di pintu masuk masjid itu sebagai langkah tambahan keselamatan.

Bagaimanapun, Netanyahu tidak memberitahu bila tarikh ia dipasang. Beliau membuat pengumuman itu ketika bersiap sebelum berlepas ke Perancis.

“Temple Mount akan dibuka kepada orang ramai, pelawat dan pelancong secara berperingkat tengah hari esok,” kata satu kenyataan dari pejabat beliau.

Kelmarin, tiga penyerang keturunan Arab melepaskan tembakan terhadap polis Israel di bandar lama.

Dua daripada penyerang terbunuh, manakala suspek ketiga melarikan diri ke kawasan Haram al-Sharif dan kemudian ditembak mati oleh polis.

Pihak berkuasa Israel berkata, suspek berkenaan melakukan serangan dari masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock.

Susulan serangan itu, pihak berkuasa Israel tidak membenarkan solat Jumaat di kawasan suci itu dengan alasan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.

“Itu bukan soal keselamatan tetapi hukuman,” kata Bader Jweihan, 53, seorang akauntan yang marah kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama Jordan, Wael Arabiyat memberi amaran tindakan menutup masjid Al-Aqsa sebagai berbahaya dan tidak pernah berlaku serta menggesa ia dibuka semula serta merta. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here