Israel lancar serangan udara di Misyaf

0
340
Advertisement



AMMAN: Satu serangan udara oleh Tentera Israel berlaku ke atas pos kawalan tentera di bandar Misyaf dalam wilayah Hama, Syria semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Laporan berita tidak memperincikan sasaran sebenar serangan tetapi sumber risikan berkata, bandar itu menempatkan pusat penyelidikan senjata kimia utama milik tentera dan dipercayai menjadi lokasi sekumpulan pakar pembuatan senjata kimia tentera dari Iran.

Ketika ditanya mengenai serangan berkenaan, jurucakap tentera Israel berkata, mereka tidak akan melayan atau memberikan sebarang komen untuk laporan media asing.

Minggu lalu, media rasmi Syria melaporkan bahawa roket milik rejim Zionis telah dilancarkan ke arah kedudukan tentera berhampiran lapangan terbang Nairab di pinggir bandar Aleppo.

Sumber pihak pembangkang berkata, beberapa rakyat Iran terkorban dalam serangan itu yang membabitkan kawasan penempatan Pengawal Revolusi Iran berhampiran lapangan terbang.

Menurut sumber risikan, sesetengah pangkalan tentera Iran di Syria berada bersebelahan kawasan tentera tempatan atau berdekatan berek tentera, menyebabkan sukar untuk memisahkan mereka dari aset ketenteraan milik Syria.

Israel yang khuatir dengan peningkatan pengaruh Iran di Syria bertindak meningkatkan jumlah serangan sejak beberapa bulan lalu ke atas premis disyaki milik tentera Iran atau pos kawalan tentera negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here