Isteri hamil 5 bulan, Hafiz Suip bakal timang anak lelaki

0
35

Penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 27, bakal menimang cahaya mata lelaki.

“Alhamdulillah, selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, isteri saya sedang hamil bayi lelaki. Setakat ini, kehamilan sudah memasuki usia lima bulan,” kata Hafiz.

Berita ini disampaikan oleh pelantun lagu Awan Nano ini secara eksklusif menerusi rancangan Unplugged yang bersiaran malam tadi.

Menerusi program yang bersiaran setiap Isnin pada jam 11.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD itu, Hafiz bertindak sebagai pengacara bersama Elly Arifin.

“Buat masa ini, kami suami isteri masih lagi memikirkan mengenai nama anak yang bakal dilahirkan. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja,” katanya lagi.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 di Kuching, Sarawak.

Dalam perkembangan terbaru, Hafiz sedang giat mempromosikan single terbarunya yang berjudul Kejar, ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak. – Teks oleh: Kamaruddin Razal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here