"Isteri pesan, tak perlu letak sasaran kutipan, takut riak"- Yusof Haslam

0
24
Advertisement

PENGARAH dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam enggan meletakkan sebarang sasaran kutipan pada filem terbaru terbitan Skop Production, KL Special Force.

Menurut Yusof Haslam, dia tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada filem yang sedang ditayangkan itu kerana risau timbul perasaan riak kemudian hari.

“Kalau kita meletakkan sasaran kutipan, kita ibarat melangkaui kuasa Tuhan pula. 

“Lagipun isteri saya ada berpesan, kalau kita buat filem, tak perlu letak berapa sasaran kutipan. Ia macam riak pula.

“Jadi kami hanya berserah dan berharap filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia.

“Biarlah penonton sendiri yang menilai kualiti filem yang dikeluarkan itu jika ia mencapai kejayaan yang tidak dijangkakan saya hanya mampu melahirkan rasa syukur sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Yusof Haslam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes [email protected], Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Buat masa sekarang filem KL Special Force telah berjaya mendapat kutipan tayangan sebanyak RM9 Juta dalam masa 10 hari tayangan.

Filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here