Isteri Roy Azman keguguran

0
140



HASRAT pelakon Roy Azman menimang cahaya mata kelima tidak kesampaian apabila isterinya, Rafidah Mohd Razali keguguran.

Perkara itu turut dikongsi Rafidah atau mesra dengan panggilan Fyda di laman Instagram miliknya.

Fyda ketika dihubungi berkata, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya tujuh minggu.

“Saya mula mengalami pendarahan Ramadan lalu. Keadaan itu berlarutan sehingga Aidilfitri dan saya mengambil keputusan membuat pemeriksaan di klinik.

¬Ä¬úDoktor mengesahkan kandungan tidak dapat diselamatkan dan saya reda,” kata bekas anggota kumpulan Princess itu.

Fyda berkata, dia tidak terfikir untuk menambah bilangan cahaya mata kerana sudah mempunyai empat orang anak.

“Selepas suami mendapat tahu saya hamil, dia sangat teruja dan sempat memberitahu kepada kawan-kawan lain mengenai berita gembira ini.

“Namun bukan rezeki kami untuk menimang zuriat lagi. Apa pun saya bersedia jika ditakdirkan hamil lagi,” katanya.

Fyda dan Roy mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2006.

Selepas berkahwin Fyda menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga manakala Roy masih aktif berlakon sehingga hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here