Isteri saya paling cantik ketika dia sedang makan – Rain

0
43

PENYANYI terkenal Korea, Rain akui isterinya, aktres Kim Tae Hee kelihatan paling cantik ketika sedang menjamu selera.
 
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Rain ketika rakan baiknya, pelakon Kim Kwang Min menjadi tetamu jemputan program MBCevery1, Video Star.
 
Ketika penggambaran rancangan itu berlangsung,  Kim Kwang Min telah menghubungi Rain dan bertanya mengenai pendapatnya tentang kecantikan isterinya.
 
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon kemudiannya menjawab dengan yakin:
 
“Isteri saya sentiasa kelihatan cantik namun bagi saya, dia nampak paling cantik ketika sedang menjamu selera,” katanya seperti yang dilapor Soompi.
 
Dalam pada itu, Kwang Min juga turut memberitahu Rain berasa begitu gembira sebaik sahaja mendapat berita mengenai kehamilan isterinya.
 
“Waktu itu Rain telah menghubungi saya dan memberitahu berita tersebut. Dia juga terlalu gembira dan berkata hasratnya untuk bergelar bapa telah menjadi kenyataan”, ujarnya.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here