Isteri sedang tunggu ujian darah, bimbang terkena virus MERS-CoV – Ajak Shiro

0
412
Advertisement

PELAWAK dan penyampai radio Ajak Shiro mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya, Afifah Amin.

Ajak, 32, ketika dihubungi Astro Gempak berkata, tiada apa-apa yang serius dan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri saya, jangan risau tiada apa-apa yang serius dan dia sihat-sihat sahaja.

“Sebenarnya isteri saya demam selepas pulang daripada mengerjakan umrah dan terpaksa di kuarantin kerana bimbang virusnya merebak.

“Buat masa ini, dia masih dipantau oleh doktor dan belum boleh dibenarkan keluar daripada wad,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Katanya lagi, dia dan isteri sedang menanti keputusan darah untuk memastikan sama ada ada terkena jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) atau tidak.

“Insha-Allah, esok keputusan darah keluar harap-harap tiada apa-apa yang serius,” ujarnya.

Sementara itu, Afifah ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, dia berada dalam keadaan baik cuma mengalami sesak nafas.

“Semalam Ajak bawa saya ke hospital selepas saya mengadu sesak nafas dan demam tidak kebah sejak pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Selepas pemeriksaan dilakukan doktor tidak benarkan saya pulang kerana bimbang demam melarat,” katanya.

Ajak kira-kira pukul 11 pagi tadi memuat naik video isterinya di hospital menerusi ruangan IG Story sebelum berkongsi satu lagi foto di Instagram (IG).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here