Isteri selamat bersalin, Tam Spider timang anak perempuan

0
90
Advertisement

PENYANYI dan komposer Tam Spider telah dikurniakan seorang anak perempuan semalam.

Menurut isterinya, Aida Mustafa, 36 tahun dia dan bayi dalam keadaan sihat walafiat.

“Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin.

“Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga.  Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar.    

Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24 tahun, Afiq, 8, tahun Aqil, 5 tahun dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur,” katanya.

Ditanya bilakah dia akan berkongsi wajah anak dan nama, Aida memberitahu dia serahkan kepada suaminya yang kini sedang sibuk dengan persiapan Mentor Otai final pada Ahad ini.

“Ikut abang Tam je.  Tunggu abang Tam selesai Mentor kut,” jelasnya ringkas.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45 tahun sebelum ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan.   Dan impian itu telah pun dimakbulkan. 

Tahniah untuk Tam dan Aida!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here