Isu ditimbulkan Dr Mahathir, pembangkang satu pembohongan besar – Ismail Sabri

0
51

KUALA LUMPUR: Reaksi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

● Jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke White House, Washington DC menunjukkan penghormatan yang tinggi Kerajaan Amerika Syarikat (USA) kepada Najib dan Malaysia.

● Pertemuan empat mata antara Trump dengan Najib di pejabat rasmi beliau di Oval Office, White House  membuka pembohongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir serta pembangkang yang satu ketika dulu mengatakan Najib akan ditangkap jika ke USA, malah pesawat pun tidak dibenarkan melalui ruang udara USA.   
                           
● Isu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) juga nampaknya tidak menjadi isu seperti yang digembar-gemburkan oleh Dr Mahathir dan pihak pembangkang selama ini.

Maka jelaslah, selama ini isu yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dan pembangkang merupakan pembohongan besar kepada rakyat dan fitnah semata-mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here