"Its complicated!" – Sufian Suhaimi enggan ulas status pertunangan dengan Elfira Loy

0
55
Advertisement

PENYANYI Sufian Suhaimi menyifatkan hubungannya dengan tunang, Elfira Loy, dalam situasi merumitkan dan berdepan ujian seperti pasangan lain.

Enggan menafi atau mengiyakan hubungan pertunangannya bermasalah, penyanyi lagu Terasa Ada itu mengharapkan pengakhiran yang baik dengan Elfira.

“It’s complicated! Susah untuk saya cakap okey atau tidak sebab ia sangat rumit.

“Sama seperti pasangan bertunang yang lain, masing-masing ada ujian sendiri dan kami pun berdepan ujian sama.

“Saya bersyukur kerana Elfira sangat matang dalam menghadapi ujian ini.

“Doakan yang baik-baik untuk kami, mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.

“Hanya kami yang tahu apa yang terjadi, janganlah membuat kesimpulan tanpa mengetahui apa yang telah kami lalui,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Status hubungan Sufian dan Elfira menarik perhatian ramai apabila masing-masing sudah jarang memuat naik foto bersama dan tidak mengikuti akaun Instagram satu sama lain.

Sufian dan Elfira telah bertunang pada Oktober 2017 selepas beberapa bulan berkenalan dan merancang untuk berkahwin pada Mac depan.

Dalam perkembangan sama, Sufian tercalon dalam kategori  Penyanyi MeleTOP AME2018.

Undian fasa pertama AME 2018 mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.

Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @sufiansuhaimi_

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here