'Iyalah… kita kena bertoleransi sikitlah'

0
27
Advertisement



 

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu kontroversi membabitkan penyokong bola sepak Indonesia yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia terus berpanjangan.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya mengikut rentak dilakukan penyokong negara jiran itu selain menggesa penyokong bola sepak negara mengamalkan sikap toleransi.

“Iyalah… kita kena bertoleransi sikitlah,” kata Dr Mahathir ketika ditemui media selepas melancarkan lampu limpah baharu di Litar Antarabangsa Sepang, sebentar tadi.

“Cara orang lain, itu cara mereka dan cara kita lain. Tapi, kalau kita tak bertoleransi dan orang buat kita, kita tak bolehlah marah sangat. Lupakan sajalah.”

Baru-baru ini, penyokong Indonesia melakukan provokasi ketika skuad Bawah 16 tahun negara ‘didendangkan’ dengan sorakan menghina dan kesat pada aksi Kejuaraan B-16 Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya.

Meskipun aksi membabitkan Malaysia bertemu Thailand, namun penyokong Indonesia nyata lebih berkobar-kobar memberi sokongan apabila melaungkan ‘Malaysia itu anjing’ dan juga ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here