Izara Aishah jadi pengarah iklan

0
37


PELAKON Izara Aishah. – Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Kemampuannya menghidupkan watak dalam drama tidak perlu dipertikaikan lagi, namun, demi kepuasan, Izara Aishah mencabar diri mencuba sesuatu yang berbeza.

Mungkin ramai tidak tahu, Izara mula berjinak-jinak duduk di kerusi pengarah apabila mengemudi penggambaran video pendek dan teaser bagi rangkaian produk keluarannya, Madame Izara.

“Mengarah karya besar seperti filem masih terlalu jauh untuk digambarkan. Mungkin filem pendek boleh dipertimbangkan.

“Buat masa sekarang, kalau setakat video durasi pendek tanpa jalan cerita dan suka-suka, termasuk suntingan sendiri, boleh saya lakukan.

“Siapa tahu pada masa depan dengan keyakinan jitu, saya akan berada di kerusi pengarah secara komersial pula,” katanya kepada BH Online.

Izara berkata, dia turut menggunakan khidmat bakat muda, termasuk mereka yang baru menamatkan pengajian untuk membantunya di belakang tabir bagi menghasilkan video pendek itu.

“Saya percaya bakat muda perlu diberi peluang untuk berkarya,” katanya yang memuat naik rakaman video pendek yang menjalani penggambaran di Bukit Antarabangsa dan Cameron Highlands di laman sosialnya.

Menyokong kempen mempromosikan produk kosmetik keluarannya itu, Izara muncul dalam drama web bersiri, Madame’s Diary, sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, drama itu memaparkan realiti Izara menjalankan tugas sebagai Pengarah Kreatif di Syarikat A Klasse selain perjalanan hidupnya sebagai insan seni. Ia boleh ditonton dengan melayari www.madameizara.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here